KUCHING 25.10.20
YAB Ketua Menteri Sarawak merangkap Yang DiPertua Parti PBB Sarawak dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak ( GPS ) telah hadir merasmikan Konvensyen khas Parti PBB Sarawak peringakt Zon Selatan bersama isteri di BCCK.
Bertemakan "Hak Sarawak Diutamakan, Pembangunan Diperkasakan" dihadiri oleh seramai 1,254 Perwakilan dari 26 Cawangan.
Ketibaan YAB Abg Jo serta isteri disambut dengan persembahan kebudayaan dan tepukan gemuruh daripada Perwakilan.
Dalam ucapan amanat, YAB Abg Jo terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan penghargaan diatas kejayaan konvensyen khas yang telah berjaya diadakan pada 5 September 2020 di Miri, 26 Sept di Betong, 3 Okt di Sibu dan terakhir pada hari ini 25 Okt 2020.
Perhimpunan terpaksa diadakan sebanyak 4 Zon kerana fenomena pandemic covid-19 yang menyukarkan diadakan Konvensyen besar seperti dahulu dan juga bagi mematuhi undang-undang dan SoP Covid-19, kata Abg Jo
YAB juga berkongsi kejayaan beliau meneruskan perjuangan Tok Nan dalam menjayakan Pan Borneo Highway serta inisiatif beliau membina Jalan Pesisir Pantai dari Telok Melano hingga ke Lawas.
Beliau juga pernah berjanji pada tahun 2017 di BCCK juga untuk mengambalikan hak dan SST kepada Kerajaan dan telah dilaksanakan setelah semua pemain industri minyak dan Gas di Sarawak membayar SST berjumlah RM3.1 Bilion.
Ini adalah rahmat serta rezeki daripada Allah SWT kepada rakyat Sarawak. Hasil SST dapat membantu menjayakan Projek yang telah beliau umumkan seperti pembinaan jambatan baru seluruh Sarawak, Jalan " Xpress Way" Kuching Samarahan, Jambatan baru dari Samarahan ke Santubong, membangun Digital ekonomi, Permodenan Pertanian melalui "Internet of Things", Pembukaan 5 buah sekolah Antarabangsa untuk pelajar cemerlang dari luar bandar dan inisiatif lain.
YAB juga mengatakan bahawa PBB dan Parti lain dibawah GPS telah bersedia dengan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi PRN ke-12 sambil menyeru semua Perwakilan dan Ahli GPS mengunakan sepenuhnya Media Sosial untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan juga mencerah balik semua isu-isu yang dibangkitkan.
Diakahir ucapan, YAB mohon rakyat akan terus memberi mandat kepada GPS dan GPS menjadikanya sebagai wadah perjuangan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Timbalan Yang DiPertua PBB, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Naib Yang DiPertua Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Khas Zon Selatan, YB Dato Sri Fadillah Haji Yusuf, Pengerusi Tetap PBB, Datuk Amar Awg Asfia Nassar, Naib- naib Yang DiPertua Kanan, Ketua- ketua Cawangan PBB, Ahli MT PBB, wakil SUPP, YB Prof. Dr. Sim Kui Hian, wakil PRS, YB Datuk Joseph Salang Gundum, wakil PDP, YB Datuk Anthony Nogeh dan dif- dif kenamaan.
Sumber dari : Sarawakku